Tuesday, January 17, 2012

JUS DELIMA GRANADA




JUS GRANADA ( Delima )

Semua orang pernah melihat buah delima. Ia buah yang Unik , cantik dan harum. Berasal dari Parsi ( kini dikenali sebagai Iran) dan di Utara India sekitar banjaran Himalaya.  Di Thailand , delima di anggap sebagaibua yang suci dan keramat. Ramai orang membawa buah ini untuk dipersembahkan kepada Kuan Yin ( Dewi Masyarakat Cina). Lebih 8000 tahun dahulu , buah ini telah digunakan sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Masyarakat Parsi percaya bahawa semua khasiat yang terdapat dalam buah-buhan lain ada terdapat dalam buah delima ini . Ia ditanam secara meluas dan masyarakat cina kuni mempercayai mitos buah Delima sebagai wakil buah dari syurga aaupun hadiah dari tuhan yang terdapat dalam kitab perubatan purba. Terdapat banyak khasiat dan vitamin terkandung di dalam buah Delima antaranya Magnesium dan Kalsium yang bagus untuk pengaliran darah. Terdapat dalam Al-Quran , Hadis , dan Kitab Purba Parsi ( yang dikatakan menjadi sumber rujukan Perubatan Barat) menyatakan kebaikan dan khasiat buah delima ini.


Hasil dari analisis perubatan moden tentang kebaikan buah delima adalah

1. Ia mengandungi Anti Oksida yang tinggi

2. Anti Oksida yang tinggi di dalam buah ini mampu mengurangkan tahap kolestrol yang terkumpul dalam saluran darah

3. Anti Oksida ini juga mampu mengurangkan tahap kolestrol dan melembutkan saluran darah yang sempit dan keras

4. Penggunaan 50cc jus Delima untuk 2 minggu berturut-turut mampu mengurangkan tekanan darah sebanyak 5%. Walaubagaimanapun , jumlah yang disarankan hanya 15-30cc sahaja , ataupun 1-2 sudu teh sudah memadai untuk diambil setiap hari

5. Ianya meningkatkan keupayaan hati dan membantu mencegah dan mengurangkan kesan "hepatoprotective"

6. Kandungan Anti Oksidanya mampu menghalang pembentukan sel barah payudara

Buah Delima adalah buah yang sangat bermutu. Di Jepun , media massa telah pun mempromosikan khasiat buah ini . Merawat sakit JANTUNG , tekanan darah tinggi , memberi tenaga , mencerahkan kulit dan banyak lagi. Jus Delima adalah minuman kesihatan terbaik dan berkhasiat.


Khasiat Buah delima untuk kesihatan

"    Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

"    Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

"    Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

"    Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

- Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
- buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

"    Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

"    Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

"    sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

"    Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

"    Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

"    Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

"    Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

"    Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.



Antara khasiat :

  • Mengekalkan keadaan  JANTUNG dan HATI yang sihat
  • Membersih hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga
  • Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan tahap hormon semasa kemuncak haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit Diabetis
  • Berupaya mengurangkan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Melancarkan peredaran darah

Sunday, January 15, 2012

MENGGUNA PRODUK HARIAN DI GIFFARINE

Salam Sejahtera !

Setiap hari kita menggunakan produk-produk seperti syampo mandian atau sabun , syampo rambut , ubat gigi , lipstik , bedak , keperluan make up  , minyak wangi , deodoron , sabun basuh baju  . Itu kira antara yang memang kita gunakan setiap hari . Kemudian kadangkala kita memerlukan keperluan tambahan seperti  makanan dan minuman tambahan untuk kesihatan , kecergasan ... 

Setiap bulan kita akan memperuntukkan wang untuk membeli keperluan ini kurang-kurangnya ada juga dalam RM100.00 sebulan untuk beli barang-barang di atas .  Tahukah anda semua barang keperluan di atas itu boleh didapati di Giffarine Bussiness Centre pada harga yang begitu berpatutan.  Bagaimana caranya .

Jadi Ahli Giffarine - RM35.00 seumur hidup terus kita layak dapat potongan 25%.
Kemudian kita akan diberikan katalog produk ..

Kemudian kita boleh beli produk-produk yang ada dalam bilik air , beg tangan , bilik tidur , bilik tidur anak-anak kita dan apa sahaja yang boleh digantikan dengan produk Giffarine bolehlah kita membuat pembelian di centre. Maksima untuk pembelian di Giffarine memadai sekadar 150PV sahaja lebih kurang RM180.00 ..

Seterusnya jika produk yang kita gunakan bagus dan berkualiti kita boleh  "rekemen" , "cadangkan", "cerita" kepada adik beradik , saudara mara , rakan sekerja , jiran tetangga atau sesiapa sahaja untuk mereka juga boleh menjadi ahli RM35.00 dibawah rangkaian kita. Jadi apabila kita memperkenalkan mereka dan mereka membeli produk setiap bulan , maka kita juga boleh dapat insentif kewangan yang disediakan oleh pihak syarikat kerana bertanggungjawab memperkenalkan produk kepada mereka. Jika kawan kita tadi melakukan sedemikian , maka keahlian bawah kita akan bercakap.

Hanya cadangkan atau cerita sahaja , tidak diminta untuk menjaja barang ke sana sini .. Yang TERBAIK , anda GUNA PRODUK kemudian anda KONGSIKAN CERITA .. Itulah yang akan memberi lebih kekuatan untuk anda berkongsi informasi tentang produk GIffarine ..

Tentu rakan-rakan , saudara-mara , jiran tetangga turut menggunakan produk-produk seperti yang disebutkan diatas .. Mereka beli deodoron , lipstik , minyak wangi juga bukan? Jadi cadangkan beli di Giffarine , boleh dapat bonus pembelian sehingga 25% dari PV kemudian kalau rekemen kawan , dia juga akan mendapat manfaat secara langsung dan tidak langsung hasil dari pembelian rakan2 tadi sebagai insentif syarikat membantu memasarkan produk mereka ...

1 Keluarga 1 Giffarine ..


Sekian

Hairuddin Abdullah

Wednesday, January 11, 2012

JADUAL ROAD TOUR PENERANGAN BISNES GIFFARINE

Salam Sejahtera , berikut di tuliskan jadual Road Tour Cikgu Rozi ( upline ) untuk bulan Januari ini ...

BERMULA

13/1  [jumaat] - BC Senawang - 8.30 mlm

14/1 [sabtu] - BC Melaka - 3.00 ptg  &  8.30 mlm

15/1 [ahad] - BC  JB -  11.00 pg & 8.30 mlm

17/1 [selasa]  - BC Sg. Petani - 8.30 mlm

18/1 [rabu ] - BC Bandar Perda , BM  -  8.30 mlm

21/1 [sabtu]  - BC Kuantan -  3 ptg

22/1 [ahad] - Tanjung Malim - Sg Selisik - 10pg  \  Felda Sg. Tenggi  2 ptg

23/1 [isnin]  - Parit - Taman Parit Setia  - 3 ptg
       
                   - BC Ipoh -  8.30 mlm

24/1 [selasa]  -  Parit Buntar - 3ptg
                     -  Sg. Petani  - 8.30 mlm


Alamat lengkap Bisnes Centre (BC) Giffarine sila rujuk di sebelah atau belakang katalog anda ..

Sila Hadirkan Diri dan Bawa Rakan Ramai-ramai ... PASTI BOOOOOM


Sekian

Hairuddin Abdullah

Tuesday, January 10, 2012

34 Sebab Kenapa Kena Ambil Goji

Kehebatan Buah Goji - Buah Lycium (Goji)

Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director, Institute for Traditional Medicine, Portland , Oregon


Buah Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain lagi. Buah ini dikenali oleh masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah pun digunakan sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan Chinese material medica dalam lingkungan 100A.D.

Goji dan Teks Perubatan Purba Cina

'GOJI' telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama 5000 tahun.

Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut: 

·    Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan 'yin' dan 'yang', membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".
·         Ben Cao Bei Yao menyatakan: "Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata".
·         Ben Cao Gang Mu menyatakan: "Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur".

34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl Mindell

Dr. Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil GOJI :-
1.      Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2.      Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3.      Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"
4.      Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5.      Goji mengurangkan risiko kanser.
6.      Goji mengurangkan kolestrol.
7.      Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.
8.      Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
9.      Goji membantu mengurangkan berat badan.
10.  Goji melegakan sakit kepala dan pening.
11.  Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.
12.  Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.
13.  Goji menguatkan jantung anda.
14.  Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung).
15.  Goji meningkatkan halangan penyakit.
16.  Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).
17.  Goji digunakan sebagai rawatan kanser.
18.  Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).
19.  Goji menghalang tumbesaran tumor.
20.  Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.
21.  Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.
22.  Goji meningkat limfosit.
23.  Goji mengaktifkan enzim anti-radang.
24.  Goji menyokong fungsi hati yang sihat.
25.  Goji merawat simptom-simptom menapause.
26.  Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.
27.  Goji meningkatkan kesuburan.
28.  Goji menguatkan otot dan tulang anda.
29.  Goji menyokong fungsi buah pinggang.
30.  Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.
31.  Goji membantu batuk kering yang kronik.
32.  Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.
33.  Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.
34.  Goji membantu sistem penghadaman.
Fakta Nutrisi Buah Goji Ningxia


Goji Ningxia mengandungi:
·         19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup

·         21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan

·         16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
·         Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)

·         Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
·         Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)

·         Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga

·         Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih

·         Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.

·         Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf

·         Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
·         Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat

·         Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.

·         Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.

·         Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!