Sunday, January 8, 2012

Roadtour Ipoh dan Grik

Syukur Alhamdulillah , perjalanan ke Ipoh bermula pagi semalam lancar. Namun sebelum memulakan perjalanan , saya di kejutkan dengan Pulangnya Ayahanda Ahli PROJEKG2015 En Mohd Ashrie Abdul Razak ke Rahmatullah. Jadi terus bergegas ke Balik Pulau untuk memberi sokongan kepada  En Ashrie. Kemudian dari Balik Pulau berhenti makan tengahari di R&R Juru dan selepas selesai solat Zohor lebih kuran jam 2.00 terus menuju ke Ipoh dan Alhamdulillah jam 3.30 petang sampai juga di Giffarine Bussines Centre Ipoh. Kali ini saya ambil keputusan berjalan bersama anak dan isteri sekali . 

30 orang kehadiran di centre Ipoh dan Tahniah dan Terima Kasih kepada Kak Wati yang turun dari Bota untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Rozi. Terima Kasih juga kepada En Hairul yang sudi datang ke centre lebih kurang jam 6 petang. InsyaALLAH , selepas ini Ipoh dan Perak Selatan akan mula bergerak dibawah pimpinan dua orang insan hebat ini.

Malam lepak2 di Station 18 sahaja dan tidur awal. Awal pagi  Ahad terus ke Centre Ipoh untuk submit borang keahlian dan membeli produk untuk Anakanda saya Nur Imanina . Dia terus nampak Tonik Otak iaitu Brainie terus dia ambil tak sempat kata apa lagi , kemudian belikan dia Mandian bayi ..Selepas ini sudah pasti banyak lagi produk2 dari Giffarine akan memasuki rumah saya ..

Selepas itu terus ke Grik Perak untuk temujanji dengan Puan Nor Anizah jam 2.30 petang di Grik. Beliau datang bersama sahabatnya Puan Ila dan saya apa lagi pot pet , pot pet tak berhenti .. Ha ha .. InsyaALLAH Grik akan menjadi lokasi tumpuan untuk membina Komuniti Pengguna Bestari disana. Komitmen Puan Anizah cukup luar biasa dengan pengalamannya , InsyaALLAH Grik akan menjadi lokasi berpotensi.  Selepas memberikan penerangan , saya terus gerak balik  ke rumah dan Alhamdulillah sampai rumah tepat jam 6 petang.

Tahniah kepada Puan Rohizam dari KL yang telah menjadi ahli Giffarine , Tahniah juga kepada En Abd Rahman dari Jengka Pahang yang telah membuat penajaan dan membangunkan blog bisnes Giffarine , Tahniah kepada orang kuat Perlis En Midon yan juga berjaya membuat penajaan dan membina blog bisnes Giffarine ... Kalian semua memang hebat dan luar biasa ...

Esok , akan mula bertemu dengan rakan-rakan sekitar Penang , Kedah dan Perlis . Minggu ini nak habiskan bertemu semua downline sebelah utara untuk menyerahkan BLUEPRINT PROGRAM PENGGUNA BESTARI ... 

Semoga , 2012 menjadi saksi kebangkitan saya dalam perniagaan Network Marketing ini bersama Syarikat Giffarine ...

Terima Kasih kepada semua yang memberi sokongan.


Syukur Alhamdulillah
CheDin

No comments:

Post a Comment